SEORANG lelaki yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah masuk di estet swasta di kawasan tengah Singapura telah ditahan semalam.
Lelaki berusia 24 tahun itu disyaki terlibat dalam siri kes pencerobohan dan pecah masuk di estet swasta di Stevens Road, Moulmein Road dan Upper Thomson Road.