Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditahan dek ancaman bom palsu

Jan 06, 2016 | 12:02 PM



SEORANG lelaki berusia 47 tahun ditahan pada Selasa (5 Jan) kerana didakwa membuat ancaman bom palsu di Golden Mile Tower.


Dalam satu panggilan palsu yang dibuat pada malam Isnin, beliau mendakwa bahawa kawannya yang hendak berlepas ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas adalah "pengganas yang membawa bom dalam bagasinya", lapor akhbar Lianhe Wanbao.


Rakannya, seorang ahli perniagaan berusia 47 tahuh yang enggan memberitahu namanya, berkata beliau menerima panggilan semasa hendak menaiki bas di Golden Mile Tower.


Suspek memberitahunya dia mahu membeli tiket bas juga dan meminta beliau menyerahkan telefon itu kepada kakitangan tiket di syarikat bas pelancongan.


Lelaki itu didakwa memberitahu seorang kakitangan menerusi telefon itu supaya "berhati-hati" kerana kawannya "pengganas dari Dubai" yang mempunyai "bom dalam bagasinya".


Kakitangan berusia 40 tahun itu kemudian memberitahu rakan sekerja supaya jangan membenarkan ahli perniagaan tersebut menaiki bas, dan menghubungi polis senyap-senyap.


Ahli perniagaan itu berkata beliau keliru kerana kakitangan tersebut enggan memberitahunya alasan beliau tidak dibenarkan menaiki bas.


Beliau mengesyaki rakannya cemburu kerana beliau akan ke Kuala Lumpur.


Polis berkata mereka menerima panggilan pada 9.59 malam, meminta bantuan kerana terdapat ancaman bom.


Pegawai polis tiba 10 minit kemudian tetapi mendapati tiada bom di dalam bagasi ahli perniagaan itu.


Suspek ditahan pagi Selasa di bawah Akta Larangan Terhadap Ancaman Palsu Pengganasan.


Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara hingga lima tahun dan/atau denda hingga $100,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >