Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditangkap atas dakwaan beri pinjaman kepada lebih 40 amah

Oct 18, 2023 | 05:01 PM



Seorang lelaki berusia 45 tahun ditangkap selepas didakwa meminjamkan wang kepada sekurang-kurangnya 40 pekerja domestik di sini.

Polis berkata dalam kenyataannya pada Rabu, kegiatan mencurigakan yang dijalankan lelaki tersebut dikesan pihak polis pada 3 Oktober dan pegawai dari Divisyen Polis Woodlands menangkapnya tiga hari kemudian.

Dalam operasi berkenaan, polis merampas sebuah telefon bimbit yang didapati mengandungi beberapa rekod disyaki adalah kegiatan pinjaman wang tanpa lesen.

Dua akaun bank dimiliki lelaki tersebut juga telah dibekukan oleh polis.

Siasatan awal mendapati lelaki itu telah menawarkan pinjaman kepada sekurang-kurangnya 40 pekerja domestik.

Siasatan lanjut masih berterusan, kata polis.

Mereka yang didapati bersalah menjalankan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen buat pertama kali bakal didenda sehingga $300,000, dijel sehingga empat tahun dan boleh diberi sebatan dengan rotan enam kali maksimum.

Polis juga memberi amaran bahawa mereka yang memegang pas pekerja di sini, yang meminjam wang daripada peminjam wang tanpa lesen bakal menghadapi pas mereka itu dibatalkan.

Mereka juga boleh disuruh pulang ke tanah air dan dilarang daripada bekerja di Singapura.

Kegiatan pinjaman wang haram sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menjadi keprihatinan.

Pada Julai 2019, akhbar The Straits Times melaporkan bahawa seramai 160 pekerja domestik dan pekerja migran telah dihantar pulang ke negara masing-masing sejak Oktober 2018 kerana meminjam dari lintah darat dan peminjam wang haram dan dilarang daripada bekerja di Singapura.


Polis berkata ia akan terus bekerjasama dengan rakan setempat seperti Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Persatuan Pekerja Domestik Asing bagi Sokongan Sosial dan Latihan, atau Fast, untuk mendidik para pekerja domestik di Singapura.

Namun ia menambah majikan perlu menasihatkan pembantu rumah masing-masing supaya berjaga-jaga terhadap peminjam wang tanpa lesen.

Mereka yang mengesyaki sebarang individu terlibat dalam kegiatan pinjaman wang haram boleh menghubungi polis atau talian cegah tailong X-Ah Long 1800-924-5664.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >