Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditangkap bagi penipuan dalam talian libatkan baucar pasar raya, kad hadiah

Jun 03, 2016 | 03:13 PM



SEORANG lelaki berusia 33 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam penipuan pembelian dalam talian, umum polis dalam satu kenyataan akhbar pada Jumaat (3 Jun).



Polis berkata ia menerima beberapa laporan sejak Sabtu lepas (28 Mei) daripada mangsa yang mendakwa ditipu seorang lelaki yang menawarkan baucar pasar raya dan kad hadiah iTunes pada harga diskaun.



Dia tidak dapat dihubungi selepas pembayaran dibuat oleh mangsa.



Suspek ditahan di Beo Crescent pada Khamis (2 Jun) selepas dia dikenal pasti melalui siasatan meluas oleh pegawai Divisyen Polis Tanglin.



Jika didapati bersalah menipu, dia menghadapi hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda.



Untuk mengelak menjadi mangsa penipuan pembelian dalam talian, orang ramai dinasihat supaya mengambil langkah-langkah berikut:



- Membuat pembelian dalam talian hanya daripada vendor berwibawa



- Jika bayaran pendahuluan dikehendaki, berurusan hanya dengan orang yang dikenali dan amanah



- Periksa untuk memastikan orang atau syarikat penjual berada secara fizikal di tempat yang mereka dakwa mereka berada



- Periksa rekod syarikat atau penjual. Tanya pembeli dan pelanggan lain tentang perkhidmatan yang mereka terima daripada penjual atau syarikat itu



- Jangan sekali-kali memberi nombor akaun bank, nombor kad kredit dan maklumat peribadi kepada orang tidak dikenali atau yang belum diperiksa



- Jangan memberi apa-apa maklumat yang tidak perlu bagi membuat pembelian



- Sedari bahawa penipu boleh menggunakan akaun bank tempatan bagi transaksi untuk menambah kewibawaan mereka. Pemilik akaun bank itu mungkin bukan orang yang berkomunikasi dengan anda dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >