Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 'ditangkap' CCTV curi telefon bimbit dari kaunter di kedai VivoCity

Mar 28, 2016 | 12:39 PM



SEORANG lelaki mengambil masa hanya beberapa saat untuk mencuri sebuah telefon bimbit bijak di kaunter sebuah kedai di VivoCity.



Namun, perbuatannya dirakam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di kedai itu.



Seorang jurujual, Cik Nurul Hafizah Ismail, 21 tahun, memberitahu akhbar The Straits Times beliau baru sahaja tiba untuk bekerja di kedai alat tulis Lamy pada 2 petang Jumaat (25 Mac) lalu, dan meletak telefon beliau, Samsung Note 5, di kaunter.



Rakaman CCTV yang disiarkan di Facebook oleh rakannya, Cik Nur Ameera Aizat, menunjukkan seorang lelaki berkaca mata yang membawa beg hitam melihat produk yang dipamer di kedai itu.



Dalam rakaman yang sama, Cik Hafizah dilihat duduk di hadapan mesin daftar tunai di kaunter.



"Pusat beli-belah itu sesak kerana cuti umum, dan saya tidak melihat lelaki itu sama sekali.



"Saya bangun untuk melakukan pemfailan dan kemudian telefon saya hilang," katanya.



Cik Hafizah kembali ke kaunter itu kira-kira tiga minit kemudian, tetapi hanya menyedari telefon beliau hilang 15 minit selepas itu.



Beliau segera memanggil pengurusnya, yang kemudian menghantarnya rakaman skrin CCTV.



Rakan sekerja Cik Hafizah, yang sedang melayan pelanggan ketika kejadian, memanggil polis.



Cik Hafizah, yang telah bekerja di kedai itu kira-kira sembilan bulan, baru membeli telefon tersebut pada 21 Mac.



Polis mengesahkan satu laporan telah dibuat dan sedang menyiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >