Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditangkap, lontar peralatan rumah dari flat empat tingkat

Feb 18, 2018 | 07:00 PM



 





SEORANG lelaki berusia 57 tahun ditangkap kerana melontar peralatan rumah dan tin cat dari flat HDB tingkat empat pada 18 Februari.



Polis berkata ia diberitahu tentang kes yang berlaku di Blok 15, Upper Boong Keng Road pada 10.20 pagi.



“Seorang lelaki dilaporkan melontar peralatan rumah dan tin cat dari unit rumahnya” kata polis. Tiada kecederaan dilaporkan.



Lantaran itu, lelaki itu ditangkap kerana melakukan perbuatan terburu-buru dan juga  di bawah Akta Kesihatan Mental.



Difahami, menurut akhbar The Sunday Times (ST) lelaki itu hidup sendirian.



Gambar yang dikongsi di Internet menunjukkan sekurang-kurangnya dua kereta di tempat meletak kereta yang disiram cat putih.



Satu video menunjukkan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di tempat kejadian, dengan orang ramai mula berhimpun.



Jurucakap SCDF memberitahu ST bahawa ia menerima panggilan kecemasan pada 10.55 pagi dan serta-merta menghantar bantuan ke lokasi itu, termasuk dua pek hayat dan jaring penyelamat.



Lelaki itu ditangkap selepas polis masuk ke dalam rumahnya.



Siasatan sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >