SEORANG lelaki dilihat ditikam berkali-kali di luar sebuah pub di Jalan Besar kelmarin malam selepas satu pertengkaran dengan seorang lelaki, dalam satu kes yang disifatkan polis sebagai pembunuhan.
Polis berkata mereka menerima panggilan pada 11.19 malam dan mangsa, 42 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.