Lelaki dituduh rosakkan bilik Mahkamah Negara

SEORANG lelaki berusia 52 tahun didakwa pada Jumaat (22 Julai) merosakkan sebuah bilik di pusat persidangan sebelum perbicaraan (PTC) Mahkamah Negara pada Rabu (20 Jul).

Tiada pengakuan diambil daripada Ho Bak Choon.

Dia dituduh menulis nama-nama sebuah kumpulan kongsi gelap pada sebuah tembok dan nama kongsi gelap kaum Cina pada pintu kayu bilik pusat hubungan video PTC dengan pen penanda merah pada kira-kira 1 petang.

Bilik itu bagi peguam dan pelanggan mereka mengadakan perbincangan.

Mahkamah Negara menghubungi polis pada kira-kira 2.40 petang hari itu.

Ho dikatakan memakai topi ketika memasuki pusat tersebut semasa waktu makan tengah hari apabila bilik di tingkat mezanin itu kosong.

Dia kemudian meninggalkan Mahkamah Negara tetapi kembali semula dan ditangkap.

Ho sekarang ditahan di Institut Kesihatan Mental bagi penilaian psikiatri.

Dia akan muncul di mahkamah sekali lagi pada 5 Ogos.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum denda hingga $2,000 atau penjara hingga tiga tahun.

Perosak harta awam di bawah umur 50 tahun menghadapi hukuman sebat hingga lapan kali.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 51
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.