Lelaki kes kurung diri di Sembawang dituduh miliki penumbuk besi

SEORANG lelaki yang didakwa menahan seorang budak lelaki berusia dua tahun di sebuah flat di Sembawang selama 17 jam diheret ke mahkamah pada Jumaat (30 Sep).

Muhammad Iskandah Suhaimi didakwa mempunyai penumbuk besi, buku lima besi (knuckle duster), tanpa kebenaran.

Hakim Daerah Christopher Goh membenarkan permohonan pendakwa polis untuk menahan reman Iskandah bagi penilaian psikiatri, sedang siasatan polis mengenai pelibatannya dalam jenayah lain masih berjalan.

Kes itu akan disebut lagi pada 14 Okt.

Iskandah ditangkap pada tengah hari Rabu (28 Sept), selepas pegawai polis memecah masuk ke flat tingkat lima di Blok 462 Sembawang Drive, tempat dia mengurung dirinya bersama budak itu.

Polis berkata tangkapan itu adalah kerana mengurung budak berkenaan dan kesalahan berkaitan dadah.

Iskandah dilaporkan bergaduh dengan ibu kanak-kanak itu, sebelum mengunci dirinya pada Selasa malam.

Polis mengerahkan Unit Rundingan Krisis dan Perintah Operasi Khas, manakala Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengerahkan Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana, di samping sumber-sumber lain.

Kanak-kanak itu tidak diapa-apakan dan kini diletak di bawah jagaan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Ibunya juga ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan dadah.

Hukuman bagi kesalahan memiliki tanpa kebenaran senjata yang disenaraikan ialah penjara hingga lima tahun, dengan sekurang-kurangnya sebat enam kali, bagi kesalahan pertama.

Di bawah Akta Bahan Kakis dan Letupan dan Senjata Berbahaya, semua jenis penumbuk besi dianggap sebagai senjata.

Waktu Solat

Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
3 HR PSI: 60
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.