Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki masuk ICU lepas motosikal langgar babi hutan di BKE

Nov 15, 2016 | 07:19 AM



SEORANG penunggang motosikal berusia 25 tahun dimasukkan ke hospital selepas melanggar seekor babi hutan di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) pada Ahad (13 Nov) malam, dalam kemalangan jalan raya kedua melibatkan haiwan itu tahun ini (2016).



Dalam kedua-dua kes, haiwan itu mati.



Kemalangan pada Ahad berlaku pada kira-kira 7 malam di BKE menghala ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), selepas susur keluar Dairy Farm Road, lapor akhbar Shin Min Daily News pada Isnin (14 Nov).



Ia berkata penunggang motosikal itu, yang tidak dikenal pasti, hilang kawalan motosikalnya selepas cuba mengelak haiwan tersebut.



Beliau terbabas dan jatuh di lorong paling kanan di lebuh raya itu.



Lelaki itu kemudian dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Nasional dan dikatakan masih tidak sedarkan diri pada pagi Isnin, dengan luka pada kepala, muka dan tangan kirinya.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura berkata ia menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 7.18 malam dan mengerahkan ambulans ke tempat kejadian.



Seorang pemandu teksi berusia 48 tahun, yang mahu dikenali hanya sebagai Encik Zhang, memberitahu akhbar tersebut babi hutan itu kira-kira satu meter panjang dan kelihatan lari keluar dari kawasan hutan di sebelah BKE.



Ini dipercayai kemalangan jalan raya kedua melibatkan babi hutan tahun ini.



Pada April, seorang penunggang motosikal, Encik Krishnan, seorang pengurus kanan berusia 49 tahun, patah bahu kanan selepas melanggar dan membunuh seekor babi hutan di Ekspreswe Seletar.



Mei lalu, seorang kanak-kanak dimasukkan ke hospital selepas dicederakan seekor babi hutan berhampiran Edgefield Plains di Punggol.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >