Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki mati ditikam di luar pub di Jalan Besar

Jul 12, 2016 | 10:37 AM



SEORANG lelaki dilihat ditikam berkali-kali di luar sebuah pub di Jalan Besar pada Isnin (11 Julai) malam selepas satu pertengkaran dengan seorang lelaki, dalam satu kes yang disifatkan polis sebagai pembunuhan.



Polis berkata mereka menerima panggilan pada 11.19 malam, dan mangsa, 42 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.



Seorang lelaki berusia 55 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Huat berkata beliau sedang makan di gerai berhampiran dan kemudian ternampak mangsa ditikam tiga kali - di dada, lengan dan kaki.



Sebelum itu, mangsa bertengkar dengan seorang lelaki di lorong belakang apabila lelaki tersebut berlari ke sebuah pub di seberang jalan.



Ah Huat kemudian melihat mangsa cuba memasuki pub itu, KSP Pub & KTV, tetapi lelaki tersebut enggan membenarkannya.



Lelaki berkenaan kemudian keluar, dan didakwa menikam mangsa.



Para saksi melihat suspek masuk semula ke dalam pub itu dan melarikan diri melalui pintu belakang. Dia ditemui di luar sebuah asrama, yang dipanggil The Trey, di sebelah.



Pengurus asrama itu, Encik Shammy, berkata beliau berlari turun ke pintu masuk untuk cuba menyelamatkan mangsa, yang berdarah kebanyakannya dari dada.



Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Polis di 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness.



Semua maklumat akan dirahsiakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >