Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki mengaku cuba rogol anak saudara tiri berusia 4 tahun

Jun 08, 2016 | 11:40 AM



SEORANG lelaki kurang cerdas berusia 22 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi pada Selasa (7 Jun) bagi tuduhan cuba merogol - dia cuba melakukan hubungan seks dengan anak saudara angkatnya, yang berusia empat tahun ketika itu, pada 2012.



Lelaki itu, yang tidak boleh dinamakan di bawah perintah mahkamah, berusia 18 tahun semasa melakukan kesalahan tersebut.



Mahkamah diberitahu bahawa dia tinggal bersama bapa tirinya di sebuah flat dua bilik HDB selepas ibunya berkahwin semula pada Julai 2011.



Pada Januari 2012, mangsa dan ibunya, iaitu anak bapa tiri lelaki itu, berpindah ke flat tersebut. Ibu mangsa menganggap lelaki itu seperti adiknya dan mangsa memanggilnya 'pak cik'.



Pada suatu petang pada pertengahan Februari 2012, lelaki itu dan mangsa sedang menonton televisyen di ruang tamu manakala ibu budak itu dan seorang rakan berada di dapur.



Budak itu, yang mahu bermain dengan lelaki tersebut, duduk di atasnya di atas tilam. Lelaki itu menjadi terangsang dan cuba melakukan hubungan seks dengan budak itu, tetapi tidak berjaya.



Budak itu kemudian menaikkan seluar pendek dan seluar dalamnya dan berlari ke dapur, menangis dan memberitahu ibunya 'pak cik' cuba "kacau" dia.



Menyangka mereka bermain-main, ibunya memberitahu budak itu dia tidak boleh menangis jika mahu bermain dengan 'pak cik'nya.



Ketika ini, lelaki tersebut pergi ke tandas untuk membersihkan dirinya.



Sepanjang beberapa hari berikutnya, budak itu mengadu sakit di kawasan kemaluannya. Ibunya menyangka dia tercedera semasa bermain, tetapi apabila rasa sakit itu berterusan, beliau membawanya ke poliklinik pada 1 Mac.



Poliklinik itu merujuk kes tersebut ke Hospital Universiti Nasional (NUH), yang kemudian melaporkannya kepada polis.



Lelaki itu ditahan sehari kemudian dan mengaku melakukan serangan seksual ke atas budak tersebut. Selepas dia ditangkap, dia dinilai mempunyai darjah kecerdasan (IQ) 61, tetapi tahu bahawa tindakannya salah.



Selepas kejadian tersebut, budak itu susah tidur dan akan bangun menangis. Dia tidak suka mendengar nama lelaki itu dan menyifatkannya sebagai "jahat" kerana menyebabkan kesakitannya, mahkamah diberitahu.



Kes itu ditangguh ke bulan depan untuk lelaki tersebut dinilai dari segi kecenderungan pedofilia (hubungan seks dengan kanak-kanak) serta risiko dia mengulangi kesalahannya.



Tuduhan kedua cuba merogol temanitanya yang 13 tahun akan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Hukuman maksimum bagi percubaan rogol ialah penjara 10 tahun penjara dan sebat atau denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >