Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki S'pura akui tidak salah di AS terhadap tuduhan eksport teknologi ke Iran

ied
Apr 05, 2016 | 10:12 AM



WASHINGTON: Seorang lelaki warga Singapura yang dituduh membantu mengeksport teknologi ke Iran yang kemudian dijumpai pada peranti letupan (IED) dilaporkan mengaku tidak bersalah di sebuah mahkamah persekutuan Washington pada Isnin (4 April).



Rekod mahkamah menunjukkan Lim Yong Nam, 42 tahun, diarah ditahan tanpa ikat jamin, lapor Associated Press.



Lim diekstradisi ke Amerika Syarikat dari Indonesia, tempat dia ditahan sejak satu setengah tahun lalu. Dia didakwa di Amerika pada 2010 atas tuduhan yang termasuk penyeludupan, eksport haram dan membuat kenyataan palsu kepada pemerintah.



Lim dan beberapa defendan lain didakwa membantu mengeksport ke Iran pada 2007 dan 2008 ribuan modul frekuensi radio yang dibeli daripada sebuah syarikat Minnesota yang tidak dinamakan, dengan berbohong kepada pemerintah Amerika bahawa destinasi akhir barang itu ialah Singapura.



Sebanyak 6,000 modul itu, yang mempunyai pelbagai kegunaan komersial, dikatakan dieksport secara haram ke Iran.



Pendakwa raya berkata sekurang-kurangnya 16 daripadanya kemudiannya ditemui oleh tentera bersekutu pada IED yang tidak meletup di Iraq.



Pengarah Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika, Cik Sarah Saldana, berkata: "IED telah mencederakan atau membunuh beribu-ribu anggota tentera di luar negara. Produk buatan Amerika itu... yang Lim dituduh eksport secara haram ditemui pada beberapa peranti yang digunakan terhadap pejuang perang Amerika."



Lim mendakwa dia tidak tahu mengenai sekatan ke atas eksport Amerika ke Iran, walaupun dia sebenarnya telah menghubungi seorang defendan bersama "tidak kurang enam kali" untuk membincangkan larangan dan pendakwaan yang timbul daripada tindakan itu, menurut surat dakwaan.



Para pegawai Amerika menuduh Iran membekalkan militia Syiah bahan letupan maut yang ditujukan terhadap askar Amerika di Iraq.



Iran, bagaimanapun, berkata dakwaan itu tidak berasas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >