Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki tolak bayi hingga patah tempurung kepala dihukum jel 61/2 tahun, rotan 6 kali

Sep 19, 2016 | 02:34 PM



SEORANG lelaki yang menolak anak temanitanya dari katil begitu kuat hingga bayi berusia satu tahun itu jatuh dua meter jauh dan tempurung kepalanya patah, dihukum penjara enam setengah tahun dan sebat enam kali pada Isnin (19 Sep).



Bayi lelaki itu mengalami pendarahan dalam otak akibat kejadian pada 25 Mac tahun lalu itu, tetapi bernasib baik terselamat selepas menjalani pembedahan kecemasan otak.



Kini berusia tiga, dia sekarang dijaga keluarga angkat dan masih menjalani terapi pemulihan, termasuk terapi pertuturan, fisioterapi dan terapi muzik dan bermain.



Orang yang menyiksanya, Franklie Tan Guang Wei, mengaku bersalah awal bulan ini terhadap satu tuduhan menyebabkan kecederaan parah dan tiga tuduhan menganiayai seorang kanak-kanak.



Dia juga mengaku salah bagi satu tuduhan mendera kanak-kanak, yang diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Hakim Daerah Hamidah Ibrahim berkata hukuman berat diperlukan untuk memberi isyarat penolakan dan kutukan masyarakat terhadap kelakuan Tan.



Bayi itu dan ibunya yang berusia 25 tahun tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti kanak-kanak tersebut. Dia dilahirkan pada pertengahan 2013, selepas bapanya terputus hubungan dengan ibunya.



Pada Ogos 2014, ibu bayi itu menjalin hubungan dengan Tan, dan sebulan kemudian tingkah lakunya berubah.



"(Bayi itu) kelihatan takut pada orang lelaki dan mula mengalami mimpi buruk," kata Penolong Pendakwa Raya (APP) Dillon Kok.



Dua pengasuh yang menjaganya mendapati kesan lebam pada tubuhnya. "Apabila (ibunya) ditanya, dia menafikan (budak itu) didera dan mendakwa ada 'hantu' dalam flatnya."



Pada November 2014, si ibu mengandung anaknya dengan Tan dan pindah ke rumah Tan dan ibunya.



Pada 8 Nov, tangisan bayi itu mengejutkan pasangan berkenaan dan Tan menamparnya.



Tiga hari selepas kejadian itu, pengasuhnya mengambil gambar lebam dan bengkak pada tubuh budak itu. Apabila ditanya, ibunya berkata dia terjatuh dari katil.



Pengasuh tersebut kemudian membuat laporan polis dan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak (CPS) diberitahu pada 19 Nov. Bayi itu kemudian diletak di bawah jagaan pengasuh dan ibu budak itu serta Tan hanya dibenarkan akses diselia mingguan.



Tetapi pada Januari tahun lepas, mereka digantung daripada semua hubungan selepas ada kesan calar di paha bayi tersebut selepas satu lawatan.



Mereka diberi akses diselia sekali lagi pada bulan berikutnya. Tetapi pada 8 Mac tahun lepas, datuk Tan meninggalkan budak itu di flat Tan. Pada malam tersebut, marah akan tangisannya, Tan mencampakkan bayi itu kepada ibunya, yang berada kira-kira dua meter darinya.



Pada pagi 25 Mac, Tan memukul punggung bayi itu dua kali, menyebabkan lebam, juga kerana marah dia menangis.



Selepas ibunya pergi bekerja, bayi itu muntah atas katil dan Tan menolaknya dari katil.



Bayi itu jatuh terlentang kira-kira dua meter jauh dan muntah lagi. Tan membawanya ke tandas untuk memandikannya, tetapi tidak periksa suhu air terlebih dahulu, menyebabkan budak itu melecur di belakang tubuhnya.



Kemudian, Tan perasan bayi dalam keadaan separuh sedar dan muntah berulang kali. Tan memberitahu ibu bayi itu dan mereka membawanya ke hospital.



Ibu bayi itu dikenakan dua tuduhan membiarkan Tan menganiayanya. Perbicaraannya dijadualkan bermula pada 26 Sep.



Tidak diketahui apakah Tan dan si ibu masih bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >