Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki warga Singapura dituduh serang tiga pelajar madrasah

Apr 04, 2016 | 10:35 AM



SEORANG lelaki warga Singapura berusia 48 tahun didakwa di mahkamah pada Isnin (4 Apr) melakukan serangan yang "diburukkan oleh perkauman" ke atas tiga pelajar Madrasah Jumaat lalu.



Koh Weng Onn dikenakan tiga tuduhan, termasuk dua tuduhan melakukan perbuatan gopoh dengan menghayun beg plastik mengandungi sebotol air 1.5 liter pada muka dua mangsa perempuan, kedua-duanya berumur 14 tahun.



Tuduhan ketiga ialah menyebabkan kecederaan yang "diburukkan oleh perkauman" terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dengan menendang paha kanannya, kata kata dokumen mahkamah.



Tiga pelajar perempuan itu sedang berjalan berasingan ke Madrasah Al Maarif Al Islamiah apabila mereka diserang oleh Koh, seorang pengawal keselamatan, di stesen MRT Paya Lebar dan di Paya Lebar Road.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Goh Yi Ling meminta Koh ditahan reman dua minggu untuk menjalani penilaian psikiatri di Institut Kesihatan Mental (IMH).



Kesnya akan didengar lagi pada 18 Apr.



Siasatan awal menunjukkan Koh membuat banyak laporan polis – 90 – sepanjang tempoh lima tahun.



“Kebanyakan laporan ini nampaknya  dibuat atas  kepercayaan bahawa dia sedang disasarkan oleh orang lain, dan dia juga membuat laporan mengenai perkara yang tiada siapa yang akan terfikir untuk melapoarkannya kepada polis,” kata DPP Goh.



Beliau memetik beberapa contoh, termasuk laporan terhadap promoter jualan sejurus selepas  membeli produk daripadanya dan    bertengkar dengan rakan-rakan sekerja mengenai pengerahan tugas mereka  dan dengan orang  tidak dikenali yang dia percaya berniat jahat terhadapnya.



Bagi tuduhan melakukan perbuatan gopoh menyebabkan kecederaan, Koh menghadapi hukuman penjara hingga setahun dan/atau denda hingga $5,000.



Bagi tuduhan menyebabkan kecederaan yang "diburukkan oleh perkauman", dia boleh dihukum penjara hingga tiga tahun dan/atau denda $7,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >