Lelaki yang menampar Amos Yee ditangkap

SEORANG lelaki berusia 49 tahun telah ditangkap berhubung kes menampar blogger remaja Amos Yee di luar bangunan Mahkamah Negara semalam.

"Sebagai respons kepada pertanyaan media, polis mengesahkan bahawa seorang lelaki berusia 49 tahun telah ditangkap berkaitan kes tersebut. Siasatan polis masih diteruskan," kata polis dalam satu kenyataan hari ini, Jumaat.

Polis sebelum ini berkata satu laporan telah dibuat terhadap lelaki yang menampar Yee itu.

Klip video yang dikirimkan ke laman sosial menunjukkan lelaki memakai T-shirt warna merah telah menampar pipi kiri remaja berusia 16 tahun itu, sebelum dia mencabar Yee supaya menyamannya.

Lelaki berkenaan kelihatan berusia dalam lingkungan 30-an tahun.

Yee, yang ketika itu sedang berjalan untuk menghadiri sesi persidangan sebelum perbicaraan, kelihatan terkejut dan sakit.

Menyusuli kejadian itu, Menteri Undang-Undang K. Shanmugam, menulis dalam laman Facebooknya berkata serangan yang dilakukan ke atas Yee itu tidak boleh diterima.

Yee yang didakwa menyinggung perasaan masyarakat Kristian dan membuat kenyataan kesat terhadap Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew kembali ditahan reman di Penjara Changi setelah pemberi ikat jaminnya menarik diri.

Remaja itu telah melanggar syarat ikat jamin dengan menerbitkan pos dalam blog dan Facebook.

Kelmarin, Yee menulis dua pos di blognya bertajuk The Ridiculous Terms of my Bail (Syarat Ikat Jamin Saya yang Tidak Munasabah) dan My Abusive Father (Bapa Saya Yang Mendera).

Dalam pos itu, Yee menyoal syarat ikat jaminnya dan mendakwa bapanya telah menderanya.

Dia kemudian mengongsi pos itu di Facebook kelmarin. Ini kali kedua remaja itu melanggar syarat ikat jaminnya.

Sebelum ini, dia melanggarnya dengan meminta derma bagi kesnya menerusi media sosial

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.