Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lembaga Endowmen Hindu beri kurma kepada masjid, asrama pekerja migran

Apr 15, 2023 | 06:15 PM



LEMBAGA Endowmen Hindu (HEB)  pada Sabtu menghadiahkan 825 kilogram kurma kepada lima masjid serata Singapura selain lima asrama dengan sejumlah besar pekerja migran Muslim.


Lima masjid itu menerima 450 kilogram kurma untuk diagihkan kepada jemaah yang bersolat di masjid berkenaan, dengan asrama pula menerima 375 kilogram kurma demi manfaat kira-kira 7,500 pekerja migran.


Dalam satu kenyataannya, HEB menyatakan sumbangan itu merupakan satu tradisi yang dimulakan pihaknya memandangkan ia mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat Muslim Islam setempat.


Pemberian kurma melambangkan sokongannya terhadap ibadah puasa yang bermakna sepanjang Ramadan ini.


HEB juga komited untuk memupuk perpaduan sosial dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang etnik dan agama di Singapura.


Pemberian kurma bermula di Masjid Angullia pada pagi Sabtu dengan anggota HEB yang juga Naib Pengerusi Kuil Sri Srinivasa Perumal yang berdekatan, Encik Tam Shanmugam, menyerahkan hadiah kurma itu kepada Pengerusi Masjid Angullia, Encik Gamal Angullia.


Empat masjid lain yang turut menerima hadiah kurma itu adalah masjid-masjid Abdul Gafoor; Ba’alwie; Jamae Chulia; dan Bencoolen.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >