DALAM wacana kesusasteraan Melayu, para sasterawan sering kali membincangkan bagaimana sastera bukan sahaja mengandungi fungsi seni, malah merupakan alat yang dapat membangunkan manusia menerusi nilai kesedaran dan kemanusiaan.
Mereka yang berkecimpung dalam arena kesusasteraan mempunyai peranan dan tanggungjawab memesan dan merakam apa yang berlaku dalam masyarakat menerusi penulisan mereka baik dalam bentuk novel, syair mahupun puisi.