Letupan Bukit Bintang: Mangsa warga Singapura tidak kritikal

KUALA LUMPUR: Seorang warga Singapura merupakan antara 12 orang yang cedera selepas terkena bom yang dibaling dari tingkat dua di Sun Complex, Bukit Bintang, semalam.

Serangan bom "molotov cocktail" itu dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap di hadapan sebuah kelab malam di Bukit Bintang.

Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam, para pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Singapura telah melawat rakyat Singapura itu, Encik Wong Kim Teng, yang kini menerima rawatan bagi kecederaan yang tidak kritikal.

"Suruhanjaya Tinggi Singapura sejauh ini hanya mengetahui tentang hanya satu rakyat Singapura yang terjejas dengan serangan bom semalam," kata MFA semalam.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 59
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.