Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Letupan Jakarta: Singapura pantau penuh prihatin, tiada laporan warga cedera

Jan 14, 2016 | 03:23 PM



SINGAPURA sedang memantau keadaan di Indonesia dengan penuh keprihatinan, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, sambil menambah tiada laporan bahawa warga Singapura cedera dalam letupan di Jakarta pada Khamis (14 Jan).


Beberapa bom meletup di pusat bandar Jakarta berhampiran pusat beli-belah Sarinah, membunuh sekurang-kurangnya empat orang.


Tembakan kedengaran di jalan-jalan.


Dr Balakrishnan menggesa rakyat Singapura di Jakarta supaya mendaftar dengan Kementerian Luar (MFA).


Beliau menulis di Facebook: "Sedang pantau keadaan di Jakarta dengan penuh keprihatinan. Warga Singapura di Jakarta perlu e-daftar dengan MFA di https://eregister.mfa.gov.sg/.


"Kedutaan kita sedang menghubungi semua rakyat Singapura dalam daftar kami. Kami tidak mempunyai apa-apa laporan tentang kecederaan melibatkan warga Singapura setakat ini. Warga Singapura juga boleh menghubungi Kedutaan kita di +62811863348 atau Pejabat Petugas 24 MFA 2 di 63798800/55."


Dr Balakrishnan baru pulang pada Rabu (13 Jan) daripada lawatan dua hari ke Jakarta, di mana beliau turut bertemu Presiden Joko Widodo.


Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, turut memuat naik satu pos di Facebook.


"Mendoakan keselamatan bagi semua orang di Jakarta," tulis beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >