Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lihat Islam dari pelbagai dimensi, konteks tangani fahaman ekstrem

Nov 09, 2017 | 05:30 AM



Seperti rakyat di negara lain, rakyat Indonesia menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. Muhammadiyah Indonesia, antara pertubuhan terbesar dan tertua di dunia, mahu masyarakat Islam negara itu berkembang sejajar dengan perubahan semasa dengan mempromosikan konsep 'Islam Berkemajuan'. Pengerusinya, Dr Haedar Nashir, menjelaskan inisiatif itu menerusi kuliah awam dan interviu bersama SUHAIMI MOHSEN (suhaimi@sph.com.sg).



MEMIMPIN masyarakat Islam Indonesia melihat Islam daripada berbilang dimensi, bukan satu dimensi, dan dalam konteks betul.



Itulah antara pendekatan Muhammadiyah Indonesia dalam menangani unsur ekstremisme dan pengganasan yang menyusup dalam masyarakat Islam negara itu, kata Pengerusi Umum Muhammadiyah Indonesia, Dr Haedar Nashir.



Beliau berkata pertubuhannya mengamalkan kesederhanaan.



"Orang berpandangan ekstrem mungkin kerana cara pemahamannya berdasarkan satu dimensi.



"Muhammadiyah mengajak orang memahami Islam daripada multidimensi. Dalam melihat ayat, kita harus mempelajari tafsir dan konteks daripada pelbagai dimensi supaya orang tidak sempit pemahamannya," jelas beliau dalam wawancara dengan Berita Harian (BH).



Orang menjadi ekstrem juga kerana berada dalam situasi antagonistik - mungkin berasa terpinggir atau terkesan akibat konflik sosial, tambah beliau.



"Muhammadiyah memoderasikan keadaan ini supaya tidak ada keadaan antagonistik, supaya tidak lahir pandangan ekstrem.



"Muhammadiyah memberi kefahaman bahawa 'negara Islam', atau 'Islamic state', tidak tunggal tetapi banyak bentuknya, dan tidak memerlukan khalifah.



"Arab Saudi negara Islam tetapi berteraskan kerajaan; Mesir Islam tetapi republik, Iran juga republik.



"Indonesia pula berteraskan pancasila - negara yang selari dengan Islam (darussalam) kerana satu daripada nilai pancasila ialah ketuhanan yang Maha Esa. Ia konsep tauhid," ujar beliau.



Menurut Dr Haedar, jika hal ekstrem, pengganasan, kekerasan dan melanggar hukum berlaku, pertubuhan itu mendorong supaya institusi negara mengambil tindakan.



"Ia bukan lagi urusan agama, tetapi urusan negara dan perlu mengambil tindakan undang-undang," kata Dr Haedar.



Muhammadiyah, ujarnya, tidak pernah menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan masalah.



Beliau berkata perbezaan fahaman adalah biasa dan menyifatkan tindakan kekerasan "dilakukan oleh kelompok sosial yang masih belum akil baligh".



Muhammadiyah, jelasnya, mengajukan pemikiran Islam berkemajuan, progresif, mengalami perubahan dan pembaharuan (tajdid) dalam kehidupan - sesuai dengan perkembangan zaman dan memberi warna dalam kehidupan.



Ia sejajar dengan bangsa Indonesia yang bersifat majmuk tetapi dinamik, boleh hidup harmoni, moderat, integrasi dan boleh bersatu dalam kepelbagaian (Bhineka Tunggal Ika - Perpaduan dalam Kepelbagaian).



"Kita sudah ada resolusi konflik pada pancasila. Muhammadiyah sudah lama terima pancasila yang menjadi tempat konsensus.



"Dalam muktamar lalu, kami mengeluarkan dokumen rasmi bahawa negara pancasila adalah konsensus kita bersama dan kita tidak boleh keluar daripada konsensus bersama itu.



"Indonesia tidak boleh jadi negara satu agama dan tidak boleh jadi negara sekular kerana ada konsep ketuhanan yang Maha Besar.



"Inilah penerimaan antara keislaman dan keindonesiaan, antara masyarakat Islam dan masyarakat Indonesia.



"Sebagai negara besar dan majmuk, tentu ada konflik. Tetapi titik berangkat pertama ialah pancasila.



"Kami tidak terlalu bimbang proses integrasi antara minoriti atau kelompok dalam masyarakat.



"Tetapi mesti ada peringkat baru yang boleh menjadikan kita lebih dewasa dalam menyelesaikan konflik, menyelesaikan masalah dengan kemampuan resolusi yang matang," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >