Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima anggota baru dilantik ke dalam panel siasat 1MDB

Oct 26, 2015 | 01:02 PM



KUALA LUMPUR: Empat anggota parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan seorang daripada pembangkang Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang ditugas menyemak akaun syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Mereka menggantikan anggota PAC yang terpaksa menarik diri setelah rombakan kabinet baru-baru ini.


Ahli baru itu ialah Dr Makin @ Marcus Mojigoh (BN - Putatan), Ahmad Hamzah (BN - Jasin), Ahmad Nawawi (BN - Langkawi), Koh Nai Kwong (BN - Alor Gajah) dan Takiyuddin Hassan (PAS - Kota Baru), lapor portal berita Malaysian Insider.


Panel parlimen itu kini mempunyai 14 anggota, termasuk pengerusi barunya, Datuk Hasan Arifin, AP Rompin daripada BN yang dilantik minggu lepas bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang kini Timbalan Menteri Dalam Negeri.


Pengkritik mendakwa rombakan kabinet yang mengakibatkan kekosongan dalam panel tersebut itu adalah satu usaha Putrajaya untuk menghentikan siasatan


Belum ada tarikh baru untuk PAC memulakan semula siasatannya, menurut portal berita itu.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang menghadapi tekanan agar menjelaskan hutang RM42 bilion ($14 bilion) 1MDB dan pembayaran hampir AS$700 juta ($978 jutam) ke dalam akaun bank peribadi beliau.


Beliau telah menafi mengambil sembarang wang untuk keuntungan peribadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >