LIMA belia Singapura mewakili negara bagi acara Pertukaran Belia Malaysia dan Antarabangsa (Miye) yang dianjurkan sempena Festival Belia di Putrajaya minggu lalu.
Miye yang diadakan dari 21 hingga 26 Mei lalu adalah program tahunan yang melibatkan belia dari Asean dan negara lain dengan tujuan meraikan kepelbagaian budaya, persahabatan dan kerjasama serantau.