Semasa berucap di majlis sambutan Aidilfitri di Hotel Ritz–Carlton Millenia malam tadi, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim mengimbas kemajuan yang telah dicapai masyarakat Melayu/Islam sejak Singapura mencapai kemerdekaan 50 tahun lalu. Beliau turut menyentuh usaha menangani cabaran yang bakal dihadapi masyarakat. Berikut kami siarkan sedutan ucapan beliau.
SEJAK Aidilfitri lalu, kita menyaksikan banyak kejadian dan perkembangan berlaku di dunia dan juga di Singapura.