Lima lelaki diberkas kerana merusuh di Beo Crescent, Tiong Bahru

POLIS telah menangkap lima lelaki berusia antara 17 dan 41 tahun kerana didakwa terlibat dalam satu kes rusuhan di Beo Crescent di Tiong Bahru pada Ahad (7 Ogos) malam.

Seorang wanita berusia 26 tahun membuat laporan polis bahawa suaminya yang berusia 30 tahun diserang oleh sekumpulan lelaki pada kira-kira 11.10 malam, kata polis dalam satu kenyataan pada Rabu (10 Ogos).

Susulan kes itu, pegawai daripada Divisyen Polis Tanglin mengenal pasti suspek dan memberkas empat lelaki di Beo Crescent dalam masa dua jam selepas laporan dibuat.

Suspek kelima ditangkap di Bukit Batok dalam satu operasi pada hari berikutnya.

Siasatan awal mendapati kesemua lima suspek menyerang mangsa pada Ahad lalu.

Siasatan masih dijalan.

Sesiapa yang didapati bersalah merusuh boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan dirotan.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.