Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima muka baru antara sembilan NMP

Mar 18, 2016 | 08:38 AM



DARIPADA sembilan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) yang diumum pada Khamis (17 Mac), lima adalah muka baru.



Empat yang lain daripada kumpulan NMP sebelum ini, yang penggal perkhidmatan mereka dipendekkan apabila Parlimen dibubar pada Ogos lalu bagi pilihan raya umum.



Lima muka baru ialah: pengarah urusan syarikat Azmoon Ahmad, 54 tahun, yang juga pengerusi Angkatan Karyawan Islam (AMP); eksekutif media Ganesh Rajaram, 49 tahun; pengarah artistik Kok Heng Leun, 50 tahun; ahli akademik undang-undang Mahdev Mohan, 37 tahun; dan pemimpin veteran kesatuan sekerja K. Thanaletchumi, 50 tahun.



Empat yang lain dilantik pada Ogos 2014 tetapi berkhidmat hanya satu tahun daripada penggal dua setengah tahun mereka.



Mereka ialah: peguam Chia Yong Yong, 54 tahun, yang mengetuai Persatuan bagi Golongan Cacat Anggota, yang menyokong orang kurang upaya; presiden Dewan Perniagaan Cina dan Industri Singapura, Encik Thomas Chua, 62 tahun; usahawan sosial Kuik Shiao-Yin, 39 tahun; dan ahli ekonomi buruh Randolph Tan, 52 tahun.



Semua sembilan orang itu dipilih oleh sebuah jawatankuasa parlimen yang dipengerusikan Speaker Halimah Yacob. Anggota lain panel itu ialah menteri kabinet Grace Fu dan Lawrence Wong, dan lima Anggota Parlimen lain, termasuk pengerusi Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim.



Mereka dipilih daripada sejumlah 41 permohonan.



"Sedang Singapura mengemudi sekitaran ekonomi dan sosial lebih mencabar, kami yakin mereka akan menambah warna dan meningkatkan mutu perbahasan di Parlimen," kata Cik Halimah.



Cik Fu berkata jawatankuasa itu menimbangkan semua calon yang layak.



Presiden Tony Tan Keng Yam akan melantik sembilan NMP itu pada Selasa depan (22 Mac). Mereka akan mengangkat sumpah semasa sidang Parlimen pada Khamis (24 Mac), apabila Menteri Kewangan Heng Swee Keat membentangkan Belanjawan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >