Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima perkhidmatan bas 'ekspres' baru dilancar Februari 2016

Dec 14, 2015 | 04:10 PM



LIMA perkhidmatan bas baru 'ekspres' menuju ke bandar - dari estet perumahan terus ke kawasan pusat bandar (CBD) - akan dilancarkan secara progresif mulai Februari 2016.


Perkhidmatan ulang-alik baru itu beroperasi dari Ang Mo Kio, Bedok, Clementi/Dover, Punggol dan Yishun ke CBD pada waktu sibuk pagi, sebelum kembali semula ke estet perumahan itu pada waktu malam.


Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata pada hari ini, Isnin, telah menganugerahkan kontrak khidmat tersebut kepada dua pengusaha bas swasta, Perkhidmatan Pengangkutan Tong Tarper dan Pengangkutan BT&TAN.


Dengan tambahan lima perkhidmatan baru itu, sebanyak 20 perkhidmatan bas langsung ke bandar akan beroperasi di sekitar Singapura.


"Dengan hentian yang lebih kurang serta penggunaan lebuh raya, masa perjalanan untuk Perkhidmatan Bandar Langsung akan menjadi setanding dengan mengambil bas atau LRT dan berpindah ke MRT untuk ke bandar," kata LTA.


Bagi perkhidmatan di Ang Mo Kio dan Yishun West, terdapat tiga perjalanan sehala ke arah CBD dari Isnin hingga Jumaat pagi, dan dua perjalanan kembali pada waktu malam.


Perkhidmatan di Bedok, Clementi/Dover dan Punggol akan mengadakan dua perjalanan ke CBD pada waktu pagi dan dua perjalanan kembali pada waktu malam.


LTA berkata lebih banyak perjalanan langsung akan ditambah jika terdapat permintaan yang lebih tinggi untuk perkhidmatan ini.




Image

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >