Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima warga Bangladesh yang dihantar pulang oleh Singapura ditahan polis Dhaka

May 04, 2016 | 10:18 AM



DHAKA: Polis Dhaka telah menahan lima warga Bangladesh yang dihantar pulang dari Singapura selepas didapati memiliki bahan berkaitan jihad atau menyokong penggunaan pengganasan untuk tujuan keagamaan.



Mereka terdedah sebagai sebahagian daripada siasatan yang membawa kepada penangkapan lapan pekerja Bangladesh lain, yang membentuk kumpulan yang dikenali sebagai Negara Islam di Bangladesh (ISB) dan merancang melakukan serangan pengganasan di Bangladesh.



Lapan orang itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura.



Unit Antipengganasan dan Jenayah Rentas Sempadan Polis Metropolitan Dhaka (DMP) menahan lima warga Bangladesh yang dihantar pulang itu di kawasan Banasree, dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, sekitar 11.30 pagi Selasa (3 Mei), kata Encik Monirul Islam, pesuruhjaya tambahan DMP, dalam satu taklimat media.



Mereka ialah Mizanur Rahman, Rana, Alamgir, Tanjimul Islam dan Santu Khan.



Soal siasat awal mendedahkan mereka pergi ke Singapura antara 2007 dan 2011 dan terlibat dalam kegiatan pengganasan, kata Encik Monirul.



Ada kemungkinan mereka terlibat dengan Ansarullah Bangla Team (ABT), sebuah kumpulan pelampau Islam di Bangladesh, tambahnya.



Mereka akan dibawa ke mahkamah untuk ditahan reman 10 hari.



"Kita akan dapat memahami keadaan dengan jelas apabila kita boleh menyoal siasat mereka," kata Encik Monirul.



Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Singapura, Encik Mahbub Uz Zaman, berkata pihak berkuasa Bangladesh dan Singapura sedang bekerjasama untuk membendung militan.



"Siasatan sedang berjalan. Kita bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Singapura kerana pemerintah kita memandang serius isu keselamatan," kata duta itu kepada akhbar The Daily Star melalui telefon. - Daily Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >