Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Litar F1 Marina Bay kembali mengaum...

Sep 15, 2023 | 07:34 PM



Perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Singapura yang dinanti-nantikan kembali di Litar Jalan Raya Marina Bay mulai semalam hingga esok.

Mulai semalam, pelumba-pelumba sibuk mengadakan sesi latihan, manakala hari ini pula, lebih banyak sesi latihan akan diadakan sebelum pusingan kelayakan diadakan pada sebelah malam.

Acara kemuncaknya tentulah esok, yang akan menyaksikan juara dunia, Max Verstappen, daripada pasukan Red Bull, yang kini mendahului senarai pemandu, dan para pelumba lain, termasuk Lewis Hamilton daripada pasukan Mercedes, bersaing untuk menjuarai perlumbaan di Litar Marina Bay ini.

Verstappen disebut-sebut sebagai pilihan utama, berazam melanjutkan rekod 11 kemenangan Grand Prix berturut-turut musim ini dan melangkah lebih dekat dengan trofi idaman.

Di luar litar, peminat-peminat Grand Prix Singapura boleh menikmati persembahan oleh artis-artis terkenal daripada seluruh dunia seperti Niki, Rich Brian, XG, Bibi, Milli, Warren Hue, Atarashii Gakko!, Jackson Wang dan Post Malone pada ketiga-tiga hari acara itu berlangsung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >