BADAN pemikir Amerika Syarikat (AS), Majlis Atlantik, memberi Anugerah Warga Global kepada mantan perdana menteri, Encik Lee Kuan Yew, bagi mengiktiraf pencapaiannya sebagai antara negarawan terkemuka dunia.
Encik Lee adalah warga Singapura pertama menerima anugerah tersebut yang memberi penghormatan kepada pemimpin dunia yang telah membuat sumbangan tersendiri kepada pengukuhan hubungan rentas Atlantik.