Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Loji penyahgaraman kelima akan dibina di Pulau Jurong: Masagos

Jul 12, 2016 | 03:10 PM



SINGAPURA akan membina loji penyahgaraman kelima di Pulau Jurong untuk meningkatkan daya tahan negara ini terhadap kesan perubahan iklim.



Menteri Sekitar dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengumumkan ini pada Selasa (12 Julai) semasa sesi penutup Sidang Puncak Pemimpin Air yang diadakan sempasa Minggu Air Antarabangsa Singapura.



Loji baru itu akan mempunyai kapasiti mengeluarkan 30 juta gelen air sehari, kata beliau.



Memandangkan perubahan iklim akan membawa bencana dengan lebih kerap, seperti kemarau berpanjangan, pemerintah perlu melihat sumber untuk berdikari dan berdaya tahan dari segi air, kata Encik Masagos.



Singapura kini mengimport separuh bekalan airnya dari Malaysia, tetapi menjelang 2060, penyahgaraman dan Airbaru dijangka memenuhi sehingga 85 peratus keperluan air di sini.



Kolam air Linggiu di Johor membantu Singapura mendapatkan air dari Sungai Johor, dengan menghalang kemasukan air laut, tetapi cuaca kering baru-baru ini menyebabkan paras air di kolam air itu terus berkurangan.



Pada masa ini terdapat dua loji penyahgaraman yang boleh menghasilkan 100 juta gelen air sehari. Ini boleh memenuhi hampir 25 peratus permintaan air semasa.



Sebuah loji ketiga di Tuas dijangka siap pada 2017.



Loji keempat, dijangka siap pada 2019, akan mempunyai kemudahan merawat air tawar dari Kolam Air Marina, dan menambah kira-kira 30 juta gelen air sehari kepada bekalan air Singapura.



Ia akan dapat memenuhi permintaan di kawasan bandar dan juga bahagian timur Singapura.



Permintaan air semasa Singapura kira-kira 430 juta gelen sehari dan ini boleh naik lebih dua kali ganda menjelang 2060 - dengan permintaan bukan domestik dianggar membentuk 70 peratus daripada penggunaan air secara keseluruhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >