KERJA peningkatan ke atas Longkang Besar Lencongan Pertama Bukit Timah yang mengambil masa tujuh tahun telah selesai dilaksanakan, sekaligus membolehkannya menampung 30 peratus lebih banyak air hujan dan membantu mencegah banjir di kawasan Bukit Timah.
Kawasan Bukit Timah antara lain menempatkan mercu tanda termasuk Politeknik Ngee Ann, Beauty World Plaza dan Pusat Beli Belah Bukit Timah.