SEBUAH lori jongket yang membawa tanah tergelincir dan terbalik di Turf Club Avenue semalam (30 Jun) sehingga tanah yang dibawanya tumpah di jalan raya tiga lorong itu.
Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan tentang kemalangan di Turf Club Avenue menghala ke Kranji Road itu sekitar 1.30 petang.
SCDF berkata seorang lelaki mengalami kecederaan ringan tetapi enggan dibawa ke hospital.
Siasatan polis sedang dijalankan.