Lorong bas khusus di Ekspreswe Utara-Selatan

EKSPRESWE Utara-Selatan - lebuh raya sepanjang 21.5km, sebahagiannya di bawah tanah, yang menghubungkan Woodlands ke bandar - akan mempunyai sebuah lorong bas khusus di setiap arah - yang pertama di Singapura.

Satu laluan basikal dan laluan pejalan kaki luas juga akan dibina di sepanjang lebuh raya itu, yang akan melalui bandar seperti Sembawang, Yishun, Ang Mo Kio, Bishan dan Toa Payoh.

Ia akan mempunyai tiga lorong di setiap arah.

Ini antara yang diumum Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, melalui adendum kepada amanat Presiden pada Khamis (21 Jan).

Dalam blog menyusuli pengumuman itu, Encik Khaw berkata: "PM pengasas kita, Encik Lee Kuan Yew, telah memikirkan secara terperinci mengenai apa yang akan menjadikan Singapura sebuah bandar menyenangkan, indah untuk didiami.

"Pada 1975, katanya dalam satu ucapan, 'Laluan jalan kaki mesti direka bentuk untuk membolehkan pokok tumbuh, memberi naungan kepada pejalan kaki, dan untuk mengurangkan cahaya matahari tengah hari hari di jalan raya. Laluan jalan kaki berbidur granolit dan berkonkrit yang menyekat pokok. Ia mesti dilarang oleh undang-undang. Ada daripadanya mesti dipecahkan sahaja.'

"Bolehkah kita meneruskan legasi Encik Lee mengenai sebuah bandar bersih dan hijau dan visi mesra rakyat untuk mengubah Singapura menjadi sebuah bandar yang bangga dengan pengangkutan awam, laluan jalan kaki dan basikalnya, daripada memandu?"

Ekspreswe Utara-Selatan kini akan dikenali sebagai Koridor Utara-Selatan. Dijangka siap pada 2020 pada asalnya, ia kini mungkin masa mengambil sekurang-kurangnya setahun lagi.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata ia sedang mengusahakan rancangan yang disemak semula itu. "Reka bentuk dan garis masa muktamad akan dikeluarkan pada masa akan datang," katanya.

Bagaimanapun, seorang jurucakap LTA berkata laluan bas Koaridor Utara-Selatan tidak sama dengan lorong sekarang yang ditanda dengan warna kuning atau merah.

Beliau berkata ia akan menjadi "lorong khusus".

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.