Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LRT baru di Bukit Panjang, CCK seawal Disember

May 31, 2022 | 05:30 AM



PENDUDUK Bukit Panjang dan Choa Chu Kang boleh menjangkakan kereta api LRT baru seawal Disember ini.



Kereta api pertama daripada 19 kereta api baru bagi laluan LRT Bukit Panjang (BPLRT) itu telah tiba di Singapura dan sedang menjalani ujian sebelum dapat mula berkhidmat.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) tidak menyatakan berapa lama kereta api itu akan diuji namun menurut sumber industri, ujian kereta api itu di dalam negara biasanya mengambil masa tiga hingga enam bulan sekiranya penguasa dan pengendali menjalankan ujian itu bersama.



Ini bermakna kereta api baru yang pertama itu akan mula berkhidmat sekitar Disember.



LTA berkata kereta api kedua dijangka tiba bulan ini dan bakinya selepas itu.



Kereta api itu diperoleh daripada syarikat pengangkutan besar dari Perancis, Alstom, tetapi diperbuat di China.



Tahun lalu, Alstom memperoleh pesaingnya, Bombardier Transportation, dari Canada, yang membekalkan kereta api pertama semasa BPLRT dibuka 23 tahun lalu.



Kereta api baru itu merupakan sebahagian daripada projek baik pulih BPLRT - yang menghadapi pelbagai masalah sejak ia mula beroperasi - bernilai $344 juta.



Bulan lalu, penumpang mengalami dua gangguan besar di laluan itu, dengan 48 penumpang terperangkap dalam kereta api yang menghadapi masalah pada 24 Mei.



Ini menyebabkan mereka perlu turun dan berjalan di landasan ke stesen yang terdekat.



Meskipun di tengah-tengah pandemik Covid-19, LTA berkata projek baik pulih itu mengikut jadual asal dan dijangka selesai pada 2024.



Kesemua 19 kereta api baru yang akan diperoleh itu dilengkapi dengan ciri seperti alat hawa dingin dengan ventilasi yang tinggi dan lampu LED.



Mereka akan berkhidmat bersama 13 kereta api lain yang berkhidmat sejak 2015.



LTA berkata kereta api itu juga sedang dipertingkat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >