LRT Sengkang jadi sistem dua koc jelang Mac depan

KAPASITI sistem LRT Sengkang akan ditambah menjelang suku pertama 2016, apabila dua koc boleh digerakkan secara berpasangan, daripada sistem pengangkutan tunggal sekarang.

Ini akan melegakan penumpang, yang sekarang sering menghadapi gerabak penuh semasa waktu sibuk, dan kadang-kadang tidak dapat menaiki kereta api.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata pada Isnin (5 Okt) ia telah memulakan ujian kereta api dua koc di trek pada luar waktu perkhidmatan minggu ini.

Projek naik taraf itu pertama kali diumumkan pada 2012.

Selain itu, 16 koc baru akan ditambah kepada LRT Sengkang-Punggol menjelang 2017, meningkatkan kapasiti sebanyak 40 peratus.

Kumpulan pertama empat koc itu, yang sedang menjalani ujian di Mihara, Jepun, akan dihantar pada pertengahan November.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.