JIKA Malaysia menaikkan atau memperkenal tol baru di Koswe, Singapura akan melakukan yang sama, ujar Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sebagai respons kepada laporan bahawa Malaysia akan menaikkan kadar tol.
Terdapat laporan bahawa Kementerian Kerja Raya Malaysia akan menaikkan kadar tol bagi semua kenderaan kecuali motosikal yang memasuki Johor dari Singapura melalui kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru di Koswe.