Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA beli bas SBS, ambil alih kontrak pembelian bas

Dec 30, 2015 | 07:55 AM



DALAM satu lagi langkah ke arah merombak industri bas, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan membeli 50 bas daripada SBS Transit, dan mengambil alih kontrak membeli 346 lagi bas.


SBS mengumumkan perjanjian itu pada Selasa (29 Dis) di Bursa Singapura.


Ia kali pertama LTA membeli bas daripada SBS, sedang ia berusaha membina kumpulan basnya sebagai persediaan bagi penstrukturan semula industri itu kepada model yang berkontrak.


Di bawah model baru itu, pemerintah akan memiliki semua aset operasi seperti bas, sistem pengurusan kenderaan dan peralatan atas bas.


Laluan bas akan dipisahkan menjadi pakej dan tender diberi kepada syarikat pengendali bas untuk beroperasi di laluan-laluan itu pada sejumlah bayaran, dengan pemerintah menanggung risiko pendapatan.


LTA berkata ia akan mengambil alih kontrak perolehan SBS untuk pembelian bas baru yang penghantarannya dijadualkan tahun depan dan 2017, dengan nilai kontrak kira-kira $164 juta.


Ia merangkumi 100 bas setingkat dan 246 bas dua tingkat. Kira-kira 210 dijadual diserahkan tahun depan dan yang lain pada 2017.


Sebanyak 50 lagi bas yang diterima SBS antara Jun dan bulan ini akan dibeli oleh LTA pada harga kira-kira $23 juta. Ini terdiri daripada bas setingkat dan 38 bas dua tingkat.


Pada Mei lalu, firma Anglo-Australia, Tower Transit, memenangi kontrak mengendalikan 26 laluan bas di barat Singapura dan, pada November, syarikat British, Go-Ahead, mendapat hak menjalankan 25 perkhidmatan bas di Pasir Ris dan Punggol.


Tower Transit dijangka memulakan operasi pada suku kedua tahun depan dan Go-Ahead mulai suku ketiga.


Laluan-laluan itu, yang kini dikendalikan oleh SBS dan SMRT, akan beransur-ansur diserahkan kepada dua pemain baru tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >