PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) akan membuka Jejambat Tuas mulai 6 pagi Sabtu ini demi mempertingkat ketersambungan pengangkutan kepada perniagaan di Tuas.
Jejambat itu merupakan jejambat jalan raya- kereta api bersepadu yang pertama dan akan menyediakan laluan alternatif ke Tuas South dengan membolehkan pemandu memintas Pioneer Road, kata LTA dalam satu kenyataan.