LTA kaji langkah perkenalkan ERP di KPE

PEMERINTAH sedang menimbangkan langkah untuk mengenakan Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE) bagi mengurangkan kesesakan di ekspreswe tersebut.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata kelajuan trafik di KPE sentiasa berada di bawah lingkungan optimum, dengan kelajuan waktu sibuk pagi pada hari-hari biasa berada antara 45 kilometer sejam (kph) hingga 65 kph.

Ini sentiasa menyebabkan kesesakan trafik, kata LTA dalam kenyataannya hari ini, Jumaat.

Ia kini sedang membuat penilaian untuk melancarkan gantri ERP yang terletak sebelum terowong masuk KPE selepas jalan susur masuk Tampines Road.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 64
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.