Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA lancar jalan lebih selamat buat pejalan kaki di 5 kawasan

Dec 04, 2023 | 06:11 PM



Penduduk Bukit Batok West, Ang Mo Kio, Tampines, Toa Payoh dan West Coast boleh menjangkakan perjalanan lebih selamat, mudah dan selesa di bandar mereka menyusuli pembinaan jalan raya yang ‘lebih mesra’ oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Jalan raya ‘lebih mesra’, atau yang lebih selamat buat pejalan kaki ini merangkumi pembinaan lebih banyak bonggol jalan untuk memperlahankan pemandu kenderaan, lebih banyak lintasan pejalan kaki tanpa halangan, dan penyalaan lampu isyarat ‘lelaki hijau’ yang lebih kerap dengan masa yang lebih lama untuk pejalan kaki menyeberangi jalan.

Semasa melancarkan inisiatif tersebut di Bukit Batok West pada 4 Disember, Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, berkata pasukan LTA telah mendekati rakan masyarakat yang merangkumi pemimpin akar umbi dan majlis bandaran untuk mendengar maklum balas dan pandangan mereka untuk membina jalan raya lebih mesra dan selamat buat pejalan kaki.

“Setiap anggota pasukan ini telah memberikan sumbangan berharga untuk menyesuaikan ciri-ciri jalan mesra demi keperluan masyarakat.

“Saya gembira dengan maklum balas positif yang kami terima. Sebanyak sembilan daripada 10 responden berpendapat bahawa ciri jalan mesra ini akan meningkatkan lagi keselamatan dan akses tanpa halangan di kawasan kejiranan mereka,” kata Encik Chee.

LTA berkata pembinaan jalan mesra di lima bandar perintis itu akan bermula dari Disember secara berperingkat. Susulan projek itu, ia menyasar untuk meluaskan inisiatif tersebut ke semua bandar menjelang 2030.

Pada 4 Disember, Encik Chee turut melancarkan logo baru bagi inisiatif jalan mesra itu.

Semua jalan mesra akan menampilkan rupa dan cita rasa tersendiri, disokong oleh papan tanda ‘jalan mesra’ baru dan logo ‘jalan mesra’ yang digayakan.

“Identiti visual ini adalah untuk mewujudkan kesedaran awam yang lebih luas dalam kalangan semua pengguna jalan raya, terutama pemandu, tentang zon mesra pejalan kaki yang diutamakan untuk kegunaan masyarakat.

“Papan tanda yang dipilih di jalan mesra, seperti di pintu masuk dan sebelum lintasan tanpa jalan, akan memaparkan logo ini, untuk memberi isyarat kepada pemandu bahawa mereka memasuki persekitaran mesra pejalan kaki dan harus memperlahankan kenderaan dan mengambil berat tentang pengguna jalan raya lain, terutamanya warga emas dan kanak-kanak untuk menyeberang jalan,” kata LTA.

Sebagai contoh, penduduk Bukit Batok West boleh menjangkakan lintasan isyarat baru di persimpangan Bukit Batok Street 31 dan 32.

Di lintasan sedia ada sekarang, masa menunggu untuk penyalaan lampu isyarat ‘lelaki hijau’ akan menjadi lebih singkat dan mereka akan mendapat lebih banyak masa untuk menyeberangi jalan.

Bagi mereka yang tinggal berhampiran Tampines Avenue 9, mereka boleh menjangka untuk melihat papan tanda jalan dan tanda permukaan jalan raya berwarna hijau untuk mengingatkan pemandu supaya memperlahankan kenderaan mereka apabila mereka memandu di jalan raya tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >