LTA rampas e-skuter lelaki yang menunggang di Mandai Road

PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) menyita satu lagi e-skuter awal bulan ini dalam operasi penguatkuasaan terbarunya ke atas pengguna tidak bertanggungjawab.

Seorang lelaki ditangkap menunggang e-skuternya di Mandai Road, "membahayakan dirinya dan pengguna jalan raya lain", kata LTA dalam laman Facebook pada Selasa (29 Nov).

"Kami ingin mengingatkan semua penunggang e-skuter bahawa menggunakan peranti mobiliti peribadi (PMD) mereka di jalan raya adalah satu kesalahan dan kami akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sembarang penunggang yang didapati berbuat demikian," katanya.

LTA bertindak ke atas aduan baru-baru ini selepas laporan tentang penunggang e-skuter menunggang di jalan raya mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Bulan lalu, ia merampas e-skuter dua penunggang yang menunggang dengan laju dan secara melulu di Upper Aljunied Road dan di simpang Yishun Avenues 2 dan 3.

Dalam kemas kini pada 7 Nov, LTA berkata ia telah menjalankan lebih 560 operasi penguatkuasaan sejak Mei untuk menangani perbuatan penunggang basikal dan PMD menunggang secara tidak selamat dan melulu.

Sebanyak 20 e-skuter dirampas.

Satu Rang Undang-Undang baru, yang mengawal selia PMD dan mengawal tempat dan cara ia harus digunakan, dibentangkan di Parlimen bulan ini (Nov).

Peraturan baru ini menetapkan berat PMD tidak boleh melebihi 20kg, dan kelajuan maksimumnya 25kms.

Hukuman lebih berat pula bermakna pesalah kali pertama yang ditangkap menunggang e-skuter tidak mematuhi peraturan akan dikenakan denda hingga $5,000, atau penjara hingga tiga bulan atau kedua-dua hukuman.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 33
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 2,956.130 -2.730