LTA: Singapura akan menyamai sebarang bayaran tol Koswe

JIKA Malaysia menaikkan atau memperkenalkan tol baru di Koswe, Pemerintah Singapura juga akan melakukan serupa, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam, sebagai respons kepada laopran-laporan Malaysia yang bercadang untuk menaikkan bayaran-bayaran tersebut.

Kementerian Kerja Raya Malaysia dilaporkan akan menaikkan bayaran tol bagi semua kenderaan melainkan motosikal yang memasuki Johor dari Singapura melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Koswe.

Laporan-laporan tersebut juga menambah Malaysia juga akan mengenakan tol baru di Koswe bagi semua kenderaan yang memasuki Singapura dari Johor.

Kededua perubahan itu dilaporkan akan berkuatkuasa Jumaat ini.

Buat masa ini, kereta privet memasuki Johor dari Singapura membayar hanya satu bayaran sehala sebanyak RM2.90 (S$1.13), tidak kira sama ada ia kereta berdaftar di Malaysia atau kereta asing.

Apabila kadar bayaran baru berkuat kuasa, pemandu kereta akan membayar sebanyak RM16.50 bagi satu perjalanan ulang-alik ke Singapura, sementara bas pula membayar RM13.30.

Teksi dikenakan bayaran RM8.20 bagi setiap perjalanan dua hala.

Ini adalah tambahan kepada bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP), dilaporkan sebanyak RM50, yang kerajaan Malaysia akan kenakan ke atas kenderaan berdaftar di Singapura yang memasuki Malaysia melalui Johor.

Tindakan memperkenal VEP itu diumum kerajaan Malaysia selepas Singapura mengumumkan ia akan menaikkan VEP ke atas kenderaan asing daripada $20 kepada $35 mulai 1 Ogos.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 64
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.