ENCIK Muhammad Dzul Azhan Haji Sahban pernah disindir rakan-rakan dan saudara-maranya kerana suka sangat menulis di ruangan forum akhbar Berita Harian (BH) dan The Straits Times (ST).
"Mereka kata saya tak dapat apa-apa habuan atau pengiktirafan dengan menulis di ruangan forum. Tapi bagi saya, dengan menulis, sekurang-kurangnya saya dapat meluahkan pengalaman dan pandangan saya," kata Encik Dzul, 32 tahun.