MELUASKAN rangkaian kenalan (networking) adalah antara kunci kejayaan pelajar menangani cabaran masa depan, kata Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Zainal Sapari.
Berucap di majlis penyampaian anugerah Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) di auditorium Muis semalam, beliau turut menggalakkan pelajar madrasah berkawan dengan individu pelbagai kaum dan agama, sekali gus mereka boleh memainkan peranan sebagai 'duta' dalam meningkatkan persefahaman antara kaum dan agama.