Lui: Bekalan COE akan terus bertambah selama dua tahun mendatang

LONJAKAN bekalan Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) akan berterusan selama dua tahun akan datang, kata Menteri Pengangkutan, Encik Lui Tuck Yew.

Beliau memberi jaminan pemerintah tidak akan campur tangan dan akan "setarakan" bekalan yang dijangka meningkat disebabkan bilangan besar kereta mencapai umur 10 tahun, umur kereta biasanya dimansuhkan atau dibatalkan pendaftarannya.

Encik Lui menyatakan demikian dalam satu interviu dengan akhbar The Straits Times semalam.

Kuota COE bagi kenderaan sebahagian besarnya ditentukan oleh bilangan kereta yang dimansuhkan atau dibatalkan pendaftarannya pada suku sebelumnya.

Bekalan luar biasa tinggi itu, bagaimanapun, akan berkurangan mulai pertengahan 2018.

Encik Lui, bagaimanapun, berkata membiarkan kadar pertumbuhan kenderaan naik ke paras lalu yang sebanyak 3 peratus, malah 1.5 peratus, setahun tidak dapat dilakukan.

Kadar semasa ialah 0.25 peratus setahun.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.