Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lui Tuck Yew buat keputusan mengejut undur diri dari politik

NUR ADILAH MAHBOB
Aug 13, 2015 | 12:41 PM



MENTERI Pengangkutan Encik Lui Tuck Yew membuat keputusan mengejut akan mengundur diri daripada politik dan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum (GE) akan datang, setelah berkhidmat selama dua penggal.


Ini didedahkan dalam pertukaran surat antara Encik Lui dengan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong yang didedahkan pada media hari ini (11 Ogos).


Dalam surat bertarikh hari ini, Encik Lui berkata beliau mula menimbulkan topik mengundur diri awal tahun ini.


Walaupun Encik Lee dan beberapa anggota kanan Kabinet cuba mengubah mindanya, Encik Lui tetap dengan pendiriannya.


"Anda mengingatkan saya tanggungjawab Pemerintah adalah kolektif, dan tiada menteri yang memikul masalah sukar seperti pengangkutan awam secara bersendirian.


"Saya amat menghargai kata-kata menenangkan dan sokongan itu. Namun setelah berfikir masak-masak, saya memutuskan untuk tetap dengan keputusan awal saya," ujar Encik Lui.


Dalam surat itu lagi, beliau berkata pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam tetapi gangguan besar masih berlaku.


Dalam jawapannya kepada Encik Lui, PM Lee berkata:


"Saya menerima keputusan anda dengan berat hari, meskipun saya kecewa saya tidak berjaya mengubah fikiran anda."


Encik Lui, yang menjangkau usia 54 tahun 16 Ogos ini, juga merupakan Anggota Parlimen GRC Moulmein-Kallang.


Beliau menceburi politik selama sembilan tahun, atau dua penggal sejak 2006.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >