Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lulusan kelas pertama selamat lahirkan anak pertama

Oct 13, 2014 | 05:41 PM



DUA hari selepas meraih ijazah kepujian Kelas Pertama dalam jurusan Komunikasi Visual Bersama Perniagaan, Cik Dzafiirah Mohammad Hakim selamat melahirkan bayi sulungnya.


Bayi perempuan yang diberi nama Nawwal 'Aliyah Mohamed Hafiz itu dilahirkan pada 6.46 pagi di Hospital Universiti Nasional (NUH), semalam.


Kelahirannya sehari selepas hari jangkaan doktor.


Nama yang bermaksud 'seseorang yang mempunyai nilai tinggi' itu dipilih Cik Dzafiirah, 27 tahun, lulusan Universiti SIM (UniSIM) dan suaminya, Encik Mohamed Hafiz Mustafa, 28 tahun, seorang pendidik bersekutu,


Kata Cik Dzafiirah, seorang penolong pengurus jaminan jenama dan kreatif yang berada dalam keadaan sarat ketika menerima ijazah kepujiannya di kampus SIM di Clementi Road, Jumaat lalu:


"Semua sudah diatur Tuhan. Saya mulanya berharap anak saya akan lahir sebelum majlis konvokesyen. Bagaimanapun, kalau dia lahir awal, tak dapatlah saya naik pentas menerima ijazah hasil kerja keras dan pengorbanan saya itu.


"Segalanya berjalan lancar. Saya hanya mula rasa sakit pada 3 petang Sabtu lalu. Saya bersyukur cahaya mata ini menjadi bonus selepas saya meraih keputusan cemerlang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >