Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELANTIKAN PEGAWAI KANAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Lulusan MIT sahut cabaran dilantik timbalan ketua eksekutif Muis

Apr 04, 2018 | 05:30 AM



SEBAGAI seorang kakitangan awam dalam Perkhidmatan Pentadbiran, Encik Esa Han Hsien Masood, perlu bersedia menyandang jawatan kepimpinan dalam pelbagai sektor dan badan dalam perkhidmatan awam.



Namun, beliau akur peranan sebagai Timbalan Ketua Eksekutif di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), yang disandangnya sejak Oktober tahun lalu, bukanlah sesuatu yang dijangkakan pada mulanya.



"Namun, saya gembira menerima cabarannya, dan menyumbang dalam tugas yang bermakna ini," ujar Encik Esa dalam satu wawancara dengan Berita Harian semalam.



Beliau merupakan antara seramai 69 kakitangan awam yang menerima kenaikan pangkat atau dilantik ke Perkhidmatan Pentadbiran (Administrative Service), yang memupuk pemimpin dalam perkhidmatan awam.



Mereka menerima kenaikan pangkat atau pelantikan baru itu dalam satu majlis di Hotel Park Royal semalam.



Encik Esa, 38 tahun, merupakan penerima biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC), dan menjadi seorang pegawai pentadbiran (AO) sejak 2009.



Beliau mempunyai Sarjana dalam Kejuruteraan Elektrikal dan Sains Komputer dan Sarjana Muda dalam Kejuruteraan dan Sains Komputer dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT), Amerika Syarikat.



Beliau memulakan kerjaya di Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan, dan kemudian di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Kementerian Pendidikan (MOE), serta Agensi Pembangunan Awal Kanak- Kanak (ECDA).



Di Muis, Encik Esa menyelia pembangunan madrasah sepenuh masa, masjid, serta pendidikan Islam di Singapura.



"Sebelum saya menyertai Muis, saya tidak sedar betapa luasnya tugas Muis ini.



"Muis merupakan sebuah pertubuhan yang unik. Kami bukan sahaja sebuah badan berkanun, bahkan sebuah pertubuhan keagamaan. Oleh itu, penting bagi Muis untuk mempunyai kredibiliti dan kepercayaan masyarakat," ujar Encik Esa.



Dalam enam bulan pertamanya di Muis, beliau mendekati pelbagai pihak masyarakat serta pakar agama untuk mendalami isu yang menjejas masyarakat.



Katanya, Muis perlu menyediakan khidmat kepada pelbagai lapisan masyarakat.



"Masyarakat Islam kita rencam. Kita mungkin berjaya mendekati mereka yang pergi ke masjid, tetapi bagaimanakah kita menyampaikan mesej kepada mereka yang tidak menghadiri program di masjid?



"Kita perlu melihat keseluruhan masyarakat kita dan apakah cara terbaik untuk memenuhi keperluan mereka," ujar Encik Esa, yang mempunyai dua anak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >