Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Madonna dilarang nyanyi lagu yang singgung agama dan kaum

Jan 07, 2016 | 04:41 PM



PENYANYI sensasi Madonna tidak akan dibenarkan menyanyikan lagu Holy Water semasa konsert pertamanya di Stadium Nasional pada 28 Februari ini, kata Penguasa Pembangunan Media (MDA) dalam satu kenyataan.


Jurucakap MDA berkata, konsert Madonna Rebel Heart Tour telah dikategorikan sebagai R18 kerana ia mengandungi unsur-unsur seks yang lebih sesuai untuk orang dewasa.


Dalam menentukan rating tersebut, MDA telah meneliti dengan berhati-hati senarai lagu yang disarankan dan telah mendapatkan nasihat Panel Perunding Seni.


"Kandungan lagu berunsur agama yang sensitif dan melanggar garis panduan kami, seperti lagu Holy Water, oleh itu tidak akan dipersembahkan di Singapura," kata jurucakap MDA.


Menurut MDA, penganjur konsert mesti mematuhi syarat-syarat lesen, yang menyatakan bahawa konsert berkenaan tidak harus mempunyai kandungan atau bahan-bahan yang menyinggung sebarang kaum atau bangsa.


Keseluruhan persembahan pula mesti tertakluk di bawah garis panduan rating R18.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >